December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PESTA Lillestrom yang meraikan kejayaan Piala Norway mengundang kritikan badan induk bola sepak negara itu ekoran tindakan Aleksander Melgalvis Andreassen melucutkan pakaiannya sehingga berbogel di atas pentas penyampaian trofi berkenaan, malah hanya menggunakan trofi itu untuk menutup ‘asetnya’.

Kemenangan 3-2 ke atas Sarpsborg 08 pada Ahad lalu itu menyaksikan Lillestrom dijulang dalam final, namun Melgalvis meraikannya dengan cara yang tidak dijangka.

Tingkah lakunya mengundang kritikan Pengarah Komunikasi Persatuan Bolasepak Norway, Yngve Haavik, apabila memberitahu TV2: “Memenangi trofi itu satu pencapaian besar dan sudah tentu ia harus diraikan.

“Namun, adalah wajar untuk menunjukkannya dengan tindakan yang lebih dihormati. Saya pasti Melgalvis tidak bermaksud apa-apa tetapi tindakannya adalah salah. Saya berpendapat Melgalvis dan Lillestrom bersetuju mengenainya.”

Begitupun, Melgalvis tidak begitu kesal dengan tindakannya.

“Memenangi kejuaraan adalah satu pencapaian yang tidak pernah saya jangkakan,” katanya kepada Dagbladet.

“Saya berusaha keras untuk bermain dalam perlawanan akhir itu. Sudah tentu saya sedar orang beranggapan saya bersikap keterlaluan.

“Saya mengakuinya dan memohon maaf, tetapi ia bukanlah satu tindakan yang saya kesali.

“Saya tahu sesetengah orang tidak menyukainya. Adakah saya patut meminta maaf kepada pihak diraja? Saya berkesempatan untuk bertegur sapa dengan beliau semalam, mungkin hari ini saya patut meminta maaf,” ujarnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: