December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Kebakaran yang berlaku di barat laut Los Angeles sehingga kini telah memusnahkan sebuah hospital dan banyak rumah kediaman.

Ia diburukkan lagi dengan tiupan angin kencang Santa Ana yang memarakkan lagi kebakaran dan menyebabkan berpuluh ribu orang terpaksa berpindah.

Salah satu kawasan yang terjejas teruk pada isnin membabitkan Ventura County dan kebakaran meliputi kawasan seluas 180 kilometer persegi.

Menurut Ketua Bomba Mark Lorenzen kelajuan tiupan angin sehingga mencecah 96 kilometer sejam menyukarkan usaha pemadaman.

Pelbagai usaha dilakukan setakat ini termasuk menggunakan pesawat dan helikopter dalam usaha pemadaman.

Kebakaran sejak seminggu lalu itu setakat ini membunuh 44 orang dan memusnahkan lebih 8,900 rumah serta berpuluh ribu orang terpaksa berpindah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: