December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu termasuk ketua pasukan, Muhd Shahrom Kalam bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2018.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, selain Muhd Shahrom, Perak turut tidak menyambung khidmat Jasazrin Jamaluddin, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, Ibrahim Aziz, Abdul Hadi Yahaya, K. Sathiya selain dua awang import iaitu Thiago Junior Aquino dan Yashir Pinto Islame.

“Tindakan PAFA ini disebabkan semua pemain berkenaan telah tamat kontrak dengan PAFA.

“Selain itu, kita juga nak tonjol dan ketengahkan beberapa bakat-bakat muda yang rata-ratanya merupakan produk daripada skuad Piala Presiden negeri,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Mengulas persiapan pasukan untuk mengharungi cabaran liga tahun hadapan, katanya, seramai 20 pemain telah didaftarkan selain 12 daripadanya merupakan pemain yang beraksi untuk The Bos Gaurus pada musim lalu.

Menurut Abdul Puhat, antara pemain baharu yang menyertai Perak adalah bekas pemain Kelantan, Brendan Gan, bekas ketua pasukan Pulau Pinang, Muhammad Rafiuddin Roddin dan pemain T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan.

“Kita juga dapat tagih kembali khidmat Muhammad Syazwan Zaipol Bahari yang dipinjamkan ke PKNP FC, Khairul Asyraf Sazihah yang baru pulih daripada kecederaan dan dua pemain Piala Presiden iaitu Muhammad Rizal Che Aziz serta Muhammad Nasrullah Abdul Aziz,” katanya.

Selain itu, beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, turut menegaskan urusan pengambilan dua pemain import baharu bagi menggantikan Thiago dan Yashir Pinto akan diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Januari depan.

“Kita telah kenal pasti pemain berkenaan namun disebabkan mereka masih ada kontrak dengan pasukan lama, jadi kita kena tunggu dan tak mahu terburu-buru kerana tarikh tutup untuk mendaftar pemain adalah pada 3 Feb depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perak menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu piala dan kedudukan ketiga dalam kancah Liga Super musim depan.

“Ia merupakan cabaran kepada kita selepas layak hingga ke peringkat separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia sebelum ini,” katanya. — Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: