December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk yang bersidang di Kuwait mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh.

Setiusaha Agungnya Abdullatif Al-Zayani menyifatkan tindakan yang diambil oleh pemberontak Houthi itu melampau dan wajar dikutuk.

Al Zayani dan Menteri Luar Kuwait Al Khalid Al Sabah juga menyeru agar pemberontak Houthi kembali ke meja rundingan.

Persidangan yang pada awalnya membincangkan sekatan ke atas negara Qatar itu terpaksa ditamatkan lebih awal bagi menyentuh perkembangan terbaharu di Yaman itu.

Pada Isnin, Ali dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan militan Houthi di Sana’a, menurut stesen televisyen Al Arabiya yang memetik sumber dalaman parti Kongres Rakyat pimpinannya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: