December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



LORENZO Insigne tersisih untuk memperkuatkan Napoli bertemu Feyenoord dalam misi wajib menang untuk menghidupkan peluang mereka mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Skuad kendalian Maurizio Sarri itu perlu merakamkan kemenangan di De Kuip, Belanda, sambil berharap Shakhtar Donetsk tewas kepada pendahulu Kumpulan F, Manchester City, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Pemain itu turut terlepas aksi kekalahan 1-0 kepada Juventus dalam saingan Serie A, Sabtu lalu.

Pertahanan kiri Napoli, Faouzi Ghoulam, juga akan terlepas aksi getir itu kerana berehat panjang susulan pembedahan lutut selepas bertemu Manchester City, bulan lalu.

Dia yang menjadi sasaran kelab Inggeris itu memutuskan untuk memperbaharui kontraknya sehingga 2022.

“Saya bangga dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek ini,” kata Ghoulam menerusi Twitter. “Untuk mewakili bandar cantik ini dengan seragam ini, saya bangga menjadi warga Napoli. #ForzaNapolisempre.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: