December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR:

Nelo Vingada mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta.

Menurut jurulatih kelahiran Portugal itu, keputusannya telah diterima Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Vingada menjelaskan, tindakan itu diambil atas tanggungjawab dengan apa yang berlaku terhadap prestasi pasukan kebangsaan ketika ini.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

“Saya juga berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini, hari ini.

Susulan keputusan itu, Penolong Jurulatih kebangsaan, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Jurulatih Kecergasan kebangsaan, Francisco Jose Bruto Da Costa turut melepaskan jawatan mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.

Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.

Nelo Vingada

Ketua jurulatih kebangsaan Malaysia

Vingada sebelum ini juga pernah membimbing beberapa kelab terkemuka Asia seperti Seoul FC (Korea Selatan), Persepolis FC (Iran), Dalian Shide FC (China) dan NorthEast United FC (India).



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: