December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Macam kebetulan saja… baru semalam Isnin bloger Papagomo bayar gantirugi RM 951,260.27 yakni dekat RM1 juta pada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kalah kes saman fitnah.

Selasa… Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan isterinya yang juga Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama dua yang lain bayar RM2 juga kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd, (FGVH) kerana artikel fitnah bertajuk ‘ Felda bangkrap’.

Dua lagi ialah Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel berkenaan Rusnizam Mahat .

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Felda dan FGVH yang tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi RM70,000 yang ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin pada 13 Februari lalu.

Menurut hakim itu, jumlah ganti rugi RM70,000 tersebut terlalu rendah dan perlu ditambah bersesuaian dengan kedudukan Felda sebagai badan berkanun.

Pada 17 Oktober 2014, Hakim Datuk Kamaludin Md. Said membuat keputusan yang memihak kepada Felda dalam kes saman fitnah RM200 juta dan memerintahkan supaya jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam ditaksirkan.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya itu memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Syed Husin, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam.

Namun begitu pada 30 September 2014 Dzulkarnain memohon maaf kepada Felda dan FGVH berhubung penerbitan dua artikel tersebut kerana ia palsu dan tidak benar dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan dan merosakkan reputasi mereka. 

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: