December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ASSU – Biadap! @ZaidIbrahim beri amaran kepada DYMM Sultan Selangor

Bagi aku, tindakan biadap ahli serta pemimpin DAP Zaid Ibrahim yang memberi amaran kepada DYMM Sultan Selangor wajar diambil tindakan undang – undang.

Kebiadapan Zaid Ibrahim ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya akan menyebabkan penyokong pembangkang, lebih – lebih lagi penyokong DAP untuk bertindak kurang ajar terhadap insitusi Raja di negara ini.

Apa yang Zaid Ibrahim marahkan kepada DYMM Sultan Selangor adalah kerana DYMM Sultan telah menitahkan bahawa Top Dog Pakatan Pembangkang Dr. Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara” kerana di dalam diri Dr. Mahathir beliau dipenuhi rasa marah di mana Dr Mahathir bukanlah jenis pemimpin yang akan membenarkan orang lain membaiki prestasi mereka.

Apa pendapat korang, terutamanya orang Selangor? Wajarkan tindakan undang – undang diambil terhadap Zaid Ibrahim?

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang disaran untuk memberi respons tentang keceluparan ahli DAP ini. Jangan pula buat-buat tidak tahu atau zip mulut kerana isu ini pasti terpalik kepada parti DAP yang memang cauvinis dan anti-monarki.

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) wajib memanggil Zaid Ibrahim kerana kerana keceluparan mulutnya memberi amaran kepada Sultan Selangor. Nampak sangat agenda jahat DAP ingin menghapuskan imuniti Raja-Rja Melayu apabila mereka berkuasa kelak.

Apa yang hendak dihairankan. ‘Top Dog” Pakatan Harapan sendiri telah berjaya menghapuskan sebahagian daripada imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu satu masa dahulu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: