December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -05/12/17 –Ketua Penerangan PKR Pahang, Zukri Aksah mengumumkan laungan ‘reformasi’ yang diperjuangkan parti Keadilan itu secara automatik telah mati, sebaik sahaja PKR yang menjadi salah satu kerabat Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan pencalonan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM).

Zukri Aksah berkata beliau tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir menjadi PM sekali lagi walaupun ia merupakan keputusan konsesus pemukiman pimpinan PH baru-baru ini.

“Kalaupun ia keputusan pemukiman pimpinan PH, ia bukan satu keputusan yang punya legitimasi. Kalau kita serius mahu bina PH sebagai sebuah organisasi, maka pemukiman sepatutnya hanya ‘mengusulkan’ dan usul ini mesti diperdebatkan dalam Konvensyen PH yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Dalam kerangka PH yang masih bersifat penaja ini, Konvensyen adalah badan pembuat keputusan tertinggi. Saya bersedia naik pentas untuk menperdebatkan usul ini,”katanya dalam Facebook.

Tambahnya, beliau juga tidak bersetuju dengan corak kepimpinan PH yang disifatkannya berunsur kekabilahan dan berketurunan elit semata-mata.

“Ini yang sepatutnya menjadi maudhu’ utama PH, bukan permainan politik memagar tapak kekuasaan masing-masing demi kelangsungan ‘hidup mewah,’ ‘hidup selesa,’ ‘hidup kaya,’ ‘hidup berpangkat’ kabilah, keluarga, keturunan dan cucu-cicit sendiri.

“Jika gaya ini berterusan, dan diikuti juga oleh Keadilan atas nama ‘restu Anwar’ kononnya maka hari ini saya isytiharkan REFORMASI TELAH MATI!,”katanya lagi.

Zukri Aksah membuat kenyataan itu sebagai mengulas laporan portal pro PH, Malaysia Dateline yang melaporkan kenyataan anggota Biro Politik PKR, Datuk Johari Abdul yang mengesahkan cadangan melantik Dr Mahathir sebagai PM dibuat ketika pemimpin kanan PH mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu.

Johari yang juga anggota parlimen PKR Sungai Petani berkata, langkah itu hanya perlu mendapatkan restu daripada penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim sahaja.

“Anwar ketua umum. Anwar (kata) OK, kita OK,” katanya hari ini.

Untuk rekod Dr Mahathir ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkang Pengerusi Pakatan Harapan. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dipilih sebagai Presiden gabungan empat parti pembangkang itu.

Difahamkan pemukiman PH menyarankan gabungan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika mereka berjaya mengetepikan BN daripada kekuasaan untuk kali pertama sejak merdeka.

Sebelum ini Anwar dikemukakan sebagai calon perdana menteri pembangkang, namun kedudukannya yang masih ditahan di penjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan serta-merta.

Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 dan pada sebahagian tempoh itu Anwar pernah menjadi timbalannya.

Kata Johari langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat sebagai menghormati bekas timbalan perdana menteri itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: