December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Arab Saudi digesa membuka laluan air dan udara yang dikuasainya di Yaman bagi memberi kebenaran kepada kemasukan bantuan kemanusiaan.

Ahli-ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York sepakat gesaan itu diambil peduli Riyadh demi kemanusiaan.

Dua perkara digariskan buat Riyadh iaitu membuka pintu pelabuhan di Hodeidah dan kebenaran mendarat di lapangan terbang Sanaa bagi kemasukan barangan bantuan kepada hampir 8 juta penduduk Yaman.

Selain itu Riyadh turut digesa menjamin keselamatan petugas kemanusiaan kerana berdasarkan keadaan semasa di Yaman.

Menurut Wakil Tetap Britain ke PBB, Jonathan Allen, Majlis keselamatan sangat menitikberatkan isu peningkatan pertempuran yang telah berlaku sejak hujung minggu lalu sehingga Selasa.

“Ia adalah situasi yang teruk bagi rakyat Yaman. Terdapat hampir lapan juta penduduk kini memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Dan mesej kami sangat jelas, ini adalah yang kami lakukan secara umum dan secara peribadi, bahawa semua keperluan bantuan kemanusiaan perlu disalur segera kepada mereka yang memerlukan, terutamanya melalui pelabuhan Hodeidah dan Lapangan Terbang Sanaa,” jelasnya selepas sesi mesyuarat Majlis Keselamatan di New York.

Menurut seorang pegawai bantuan kemanusiaan PBB, situasi semasa Yaman amat buruk dengan sekurang-kurangnya 25 serangan udara dilaporkan berlaku sepanjnag malam dalam tempoh seminggu.

Ia menyumbang kepada kesukaran yang dihadapi penduduk untuk mendapatkan keselamatan, rawatan perubatan, air dan keperluan hidup yang lain.

Sementara itu Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengatakan bahawa 234 orang telah terbunuh di Sanaa sepanjang Disember.

Ia termasuk insiden yang menyaksikan bekas presiden dan pemimpin kumpulan pemberontak Houthi, Ali Abdullah Saleh terbunuh semalam.

Insiden itu kini telah menimbulkan lebih ketegangan di bumi Yaman dengan yang terbaharu, anak kepada bekas presiden itu mahu membalas dendam ke atas kematian bapanya itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: