December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PELAKON drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha akui masih solo dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
 
Menurut Fasha, dia masih belum terfikir dan tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup buat masa ini.
 
“Saya masih solo, belum ada lelaki yang boleh menambat hati saya untuk menjadi kekasih.
 
“Memang ada yang cuba mendekati namun hubungan itu hanyalah sekadar kawan sahaja.
 
“Saya berkawan dengan semua orang dan tidak ada yang istimewa namun  Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya bersama Rayfal dan Jemyma,” katanya.
 
Fasha ditemui selepas majlis pelancaran drama adaptasi sinetron Indonesia, Syurga Yang Kedua pada Selasa.
 
Mengulas mengenai kehidupannya, Fasha memberitahu mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan akan memikirkan soal cinta selepas dua tahun.
 
“Saya sibuk dengan kerja dan jadual  pun memang terlalu padat sehingga ada masanya saya tidak sempat bertemu anak-anak.
 
“Lagipun kekangan masa dengan urusan kerja juga membuatkan saya belum terfikir tentang hal peribadi. Biarlah saya fokus pada kerja terlebih dahulu.
 
“Mungkin apabila umur dah masuk 35 tahun nanti baru saya akan memberi ruang kepada diri untuk berfikir lebih serius mencari pasangan,” jelasnya.
 
Selain Fasha, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Siti Elizad, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.
 
Surga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) jam 6 petang bermula 12 Disember ini. Foto: IG @fashasandha

Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: