December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Isu inflasi dan kos sara hidup menjadi antara lima isu utama yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

Ia merupakan hasil tinjauan laporan  ‘Apa Yang Merisaukan Malaysia’  melibatkan lebih 2,000 responden di seluruh negara yang dilaksanakan oleh Agensi Penyelidikan Pasaran Global, IPSOS tahun ini.

Kajian itu turut menyenaraikan  isu kawalan imigrasi, tadbir urus dan pengangguran sebagai isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia.

“Kebimbangan warga Malaysia bukan suatu perkara yang ringan. Isu-isu sosial seperti kawalan imigresen dan pengangguran adalah serius dan mempunyai kesan langsung terhadap mata pencarian rakyat,” jelas Pengarah Urusan IPSOS Malaysia, Katherine Davis.

Semalam, Astro AWANI menjalankan kaji selidik (survey) untuk mengenal pasti apa kebimbangan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Sejumlah, 3,638 pengundi mengambil bahagian dalam undian ini. Keputusan menunjukkan 53 peratus memilih kebimbangan yang tinggi terhadap inflasi dan kos hidup.

Isu pengangguran menduduki tangga kedua dengan 26 peratus diikuti oleh 14 peratus yang memilih kemasukan pekerja asing.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada bulan lalu menjangkakan inflasi pada tahun ini berada pada paras antara 3 ke 4 peratus.





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: