December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Petaling Jaya: Setelah Nisha Ayub, seorang aktivis transgender menjadi lelaki pertama yang dianugerahkan dengan Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016 oleh Amerika Syarikat (AS), kali kini giliran Siti Kasim pula berjaya menjadi wanita pertama yang memenangi Anugerah Lelaki Tahun 2017 oleh AugustMan.

Baru-baru ini, AugustMan menyatakan betapa bangganya pihak majalah tersebut atas tindakan mereka memilih Siti Kasim sebagai pemenang Anugerah Lelaki meskipun sedar bahawa Siti Kasim ialah seorang wanita.

Majalah tersebut turut memuji Siti Kasim sebagai seseorang yang telah mempamerkan kecekalan yang lebih menyerlah berbanding dengan kebanyakan kaum lelaki.

AugustMan mengumumkan, “Bagi kami, Siti Kasim ialah kuasa bintang fenomena sosial dimana kecantikannya terbit dari keganasannya dalam menegakkan pendirian miliknya atau ketika membela orang lain, demi kebenaran, dalam bentuk yang berilmiah dan dengan hujah.”

Anugerah ini turut diberikan kepada beberapa orang individu lelaki lain di atas peranan-peranan mereka yang diiktiraf oleh Augustman. Augustman diterbitkan secara bulanan dan dimiliki oleh Burda Singapore Pte. Ltd. dan merupakan anak syarikat kepada konglomerat media Jerman, Hubert Burda Media dan mula diterbitkan pada 2006 – menara.my



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: