December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



JUTAWAN kosmetik Datuk Aliff Syukri menjadi bahan ketawa netizen gara-gara kapsyen yang ditulisnya di Instagram.

Aliff menerusi sebuah muat naik sebelum berangkat ke Sepanyol untuk penggambaran muzik video, Abang Nak Tegur dua hari lalu, menulis kapsyen dan memberitahu akan ke ‘tiga’ buah negara untuk tujuan tersebut.

BACA: Kenapa ‘unlike’ video saya? – Datuk Aliff Syukri
 

Netizen bagaimanapun mula menjadikan kapsyen tersebut bahan lawak dan bertanya kepada Aliff di mana letaknya negara ‘Matrix’, ‘Spain’ dan ‘Sepanyol’.

Selain itu, netizen turut mempertikaikan tentang kesalahan ejaan lain yang berlaku dalam entri tersebut.

@muhammadhairul_red: betulkan ejaan tu..eja video asyik salah je..anak buah aku 5 tahun pandai mengeja dgn betul..ejaan lain jgn kira lah terabur baq hang..dato ni jutawan tapi sng diperbodohkan. #openyoureyes

@eyqaidris: Nak masuk matrik mana xtau

@azam_46: Spain – sepanyol sme je

@shimshima_hashim:  Wow dato..mentang2 smlm cakap umur ada tak mcm 18 tahun harini dan2 nak masuk matrik semula..cayalah dato

Dalam pada itu, netizen masih mengkritik lagu nyanyian Aliff dan usahawan kosmetik Nur Sajat itu.

Dan rata-ratanya tidak berpuas hati dengan Nur Sajat kerana vokalnya yang dikatakan tidak layak untuk bergelar penyanyi.

@hasyriqmario: Jujur dari saya , Kalau Dato solo , Rasanya Dah ramai Like. Bukan nak kata Suara Nur Sajat tu Tak sedap . Suara jadi lagi sedap kalau Dia keluarkan Suara yang betul . Industri Musik Sekarang muka tak dipandang , Tapi Bakat . kalau saya invest 1M Dollar untuk 1% daripada syarikat Dato, Dato Setuju tak ?

@hzrth_: Bilo masuk part sajat , jahannam !

@zrithsufie_23: Suara nur sajat tu pengacau

@[email protected]_: Betul, suara Sajat tu Tak tentu arah langsung.

Teks: Astro Gempak



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: