December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Amerikat Syarikat bukan lagi orang tengah yang boleh dipercayai dalam membawa perdamaian kepada konflik berpanjangan Palestin-Israel.

Itu hujah penasihat kepada Ahli Parlimen Israel, Haneen Zoabi, Yudit Ilany di Tel Aviv berhubung pendirian bersejarah Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Israel tidak boleh lagi berpura-pura sebagai orang tengah proses damai yang objektif dan apa yang diumumkan oleh Donald Trump adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa,” kata Ilany ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.

BACA: Apa impaknya Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel?

Beliau berpendapat Washington perlu kekal neutral dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Apa yang dilontarkan oleh Ilany seakan senada dengan pendirian Perunding Palestin, Saeb Erekat.

Saeb semasa ditemubual oleh CNN menyifatkan langkah Trump adalah kesalahan terbesar oleh presiden negara Uncle Sam itu.

BACA JUGA: Teliti kenyataan Trump, “Baitulmaqdis bukan sahaja kota suci tiga agama, tetapi jantung kepada demokrasi terbaik di dunia!” 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: