December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Benar harga minyak di negara ini tidak menentu dan ditambah pula dengan peningkatan kos operasi, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) sebelum ini ada mencadangkan untuk menaikkan tambang bas sekolah.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz Mohd Noor, cadangan itu perlu disesuaikan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha bas.

“Boleh kalau mereka nak naikkan, tetapi kena la naik taraf perkhidmatan juga.

“Contohnya, masih ada perkhidmatan bas sekolah ni kalau kita tengok sekarang, bas yang ada tu kita tengok pun takut.

“Mana dengan tiada pembantu pemandu, muatan lebih, tiada penghawa dingin ditambah malah merisikokan pelajar, kenaikan tambang nampaknya tidak berbaloi setakat ni,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.

Tambahnya, kalau pengusaha bas memikirkan kos operasi mereka sahaja yang meningkat, bukankah ia juga meningkatkan ‘kos operasi’ anak-anak?

Beliau turut menzahirkan harapannya untuk pihak pengusaha bas sekolah turut memahami cabaran yang turut dihadapi ibubapa kini.

Biarpun senada dengan Mohd Faizal, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Shahpandi Abdul Manan pula mahu cadangan kenaikan antara RM10 hingga RM20 itu dikurangkan.

“Saya berpendapat kenaikan yang dicadangkan itu boleh dikurangkan sikit kita mohonlah mereka kurangkan kepada separuh sahaja,” katanya.

Astro Awani juga cuba mendapatkan respon daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung isu ini.

Tiada respon diberikan pengurusan tertinggi SPAD memandangkan sejak 2016, kawal selia untuk tambang bas sekolah telah dimansuhkan dan setiap kadar yang dikenakan tertakluk kepada persetujuan antara pengusaha bas sekolah dengan ibubapa.

Pengusaha bas sekolah turut diberikan kemudahan subsidi petrol dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai langkah membantu mereka menghadapi kenaikan kos operasi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: