December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kebimbangan jika laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an disebarkan kepada orang awam.

Kegusaran itu dicerminkan melalui permohonan peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menghantar surat tuntutan kepada Setiausaha RCI, Datuk Dr Yusof Ismai bagi menghalang laporan tersebut disebar kepada orang awam tanpa memasukkan dokumen diberikan oleh Dr Mahathir sendiri.

Peguam itu menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan RCI tidak memasukkan 495 halaman dokumen perundangan dikemukakan Dr Mahathir, dalam laporan yang dibentangkan pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Katanya, dokumen itu ialah “tajuk perbincangan” dalam inkuiri itu, hujah bertulis Dr Mahathir bersama undang-undang kes untuk menyokong hujah mereka dan keseluruhan nota prosiding RCI itu.

Katanya, beliau sudah meminta panduan daripada pengerusi tribunal mengenai kandungan berserta penemuan RCI bagi memastikan integriti RCI itu terpelihara.

“Bagaimanapun, kami dapati dalam laporan itu tajuk perbincangan dan hujah kami sudah diringkaskan kepada tiga setengah muka surat. Keseluruhan prosiding pendengaran itu juga tiada (dalam laporan itu).”

Beliau berkata, semua dokumen itu perlu dimasukkan dalam laporan itu untuk pembaca menganalisis penemuan RCI dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Oleh itu, kami beri sekretariat RCI sehingga 5 petang Jumaat ini untuk memasukkan 495 muka surat dokumen perundangan anak guam kami dan transkrip pendengaran itu dalam bahasa Inggeris dan Malaysia.”

Haniff berkata, sebarang percetakan dan pengedaran laporan RCI perlu dihentikan sehingga perkara itu dibetulkan.

Katanya, demi kepentingan keadilan dan hak anak guamnya, tindakan undang-undang akan diambil jika tuntutan itu tidak dipenuhi.

Panel 6 anggota RCI yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu membuat kesimpulan terdapat unsur fakta dan maklumat tersembunyi berkaitan kerugian forex ditanggung BNM dan kenyataan mengelirukan yang diberikan kepada Kabinet, Parlimen dan orang ramai.

RCI dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: