December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Malaysia mahu Amerika Syarikat mengkaji semula keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Malah, Wisma Putra berpendapat, pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, pengiktirafan berkenaan juga satu pencabulan kepada hak orang Islam dan Kristian.

“Sebarang percubaan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, menubuhkan atau memindahkan mana-mana misi diplomatik ke bandar itu, dianggap sebagai pencerobohan bukan sahaja terhadap Arab dan umat Islam, tetapi juga melanggar hak-hak umat Islam dan Kristian.”

Menurutnya, keputusan itu sekali gus menamatkan usaha mencari penyelesaian kepada isu Palestin.

Ini akan membawa kesan yang serius bukan saja terhadap keselamatan dan kestabilan rantau Arab, tetapi juga membangkitkan kemarahan dan menyukarkan usaha memerangi keganasan secara global, tambahnya.

Malaysia berpegang kepada pendirian, Baitulmaqdis ialah perjuangan Palestin, dan meminta semua anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf sebarang perubahan kepada sempadan sebelum 1967, termasuk status Baitulmaqdis.

Kata Wisma Putra, pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel tidak menggambarkan keadaan sebenar, sebaliknya sekadar sokongan kepada dasar Israel yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

“Yang kuat tidak semestinya benar,” tegas Malaysia dalam kenyataan itu.

Pada Rabu, Trump mencipta sejarah sebagai presiden pertama AS mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. -7/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: