December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



JOHOR BAHRU: Dua penuntut perempuan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini disahkan dijangkiti penyakit tibi.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata susulan dari itu, Jabatan Kesihatan Negeri akan menjalankan ujian saringan penyakit tibi di universiti itu minggu depan.

Menurut beliau, saringan akan dibuat di tempat salah seorang penuntut berkenaan menuntut dan dua asrama yang telah dikenal pasti.

“Dua penuntut yang dijangkiti itu berumur 20 dan 22 tahun. Berikutan itu, ujian saringan akan dibuat di kelas dua penuntut berkenaan dan dua asrama, iaitu Kolej Tun Fatimah dan Kolej Perdana.

“Bagaimanapun, bilangan pelajar yang terlibat (dalam saringan) belum dapat dikenal pasti kerana kita masih berbincang dengan UTM,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: