December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniya berkata, keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel adalah deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan ‘intifada’ atau pemberontakan.

Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Presiden AS Donald Trump itu ‘membunuh’ proses perdamaian Israel-Palestin.

“Keputusan ini telah membunuh proses damai, telah membunuh proses penyelesaian.

“Keputusan AS adalah pelanggaran, pengisytiharan perang terhadap kita, mengenai kota suci Muslim dan Kristian.

“Kita harus berusaha melancarkan intifada dalam menghadapi Zionis,” kata Haniya.

Beberapa jam selepas ucapannya, penunjuk perasaan Palestin berkumpul di jalan-jalan di Tebing Barat seperti Ramallah, Hebron dan Nablus serta di Semenanjung Gaza bagi menunjukkan tanda protes berhubung keputusan AS.

Selain itu, Haniya menekankan fakta bahawa Palestin melihat Baitulmuqaddis sebagai  ibu kota negeri mereka di masa depan.

“Baitulmuqaddis atau Jerusalem dan keseluruhannya adalah milik kita (orang Palestin)

“Kita hari ini berada pada tahap kritikal dalam sejarah mengenai isu Palestin yang mana terus utama isu ini ialah Baitulmuqaddis.

“Ia juga tahap kritikal dalam sejarah negara-negara Arab dan Islam berikutan keputusan provokatif serta tidak adil diambil AS,” katanya.

Beliau menyeru semua rakyat Palestin untuk bersatu dengan cepat selain mempunyai strategi bagi menghadapi ‘penjajahan’ serta dasar pentadbiran AS di wilayan Palestin.

“Kami mendesak, kami bertanya dan kami menekankan keperluan menyusun semula rakyat Palestin menghadapi plot berbahaya ini dan meletakkan keutamaan kita dengan jelas bagi berdepan keputusan provokasi serta tidak adil itu,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: