December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Petaseh Hilir, Pertang, di sini, kira-kira 11.50 pagi tadi.

Talkin dibacakan imam Masjid Seri Pernama Kampung Petaseh, Zakaria Ahmad Wahidi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan ketika proses pengebumian berlangsung, yang dihadiri kira-kira 500 sanak saudara serta kenalan Allahyarham.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur, pada 7.30 malam semalam akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya.

BACA: Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

Allahyarham yang pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam kepalanya pada 13 Mei tahun lepas di Hospital Kuala Lumpur, meninggalkan seorang balu Datin Roziah Yaakob serta tiga anak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj Munnil Sabu daripada Pas.

– BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: