December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PAS bakal anjurkan satu perhimpunan aman dalam usaha mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli untuk hadir himpunan aman membebaskan Baitul Maqdis di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur dan di setiap negeri masing-masing pada 8 Disember 2017 serta menjemput NGO-NGO dan mahasiswa untuk turut hadir bersama.

“PAS mengajak kepada semua umat Islam tanpa mengira kaum, mazhab dan fahaman politik untuk bersatu menentang pengisytiharan Trump ini,” katanya.

Sambil mengecam, Hadi turut menegaskan bahawa tindakan Trump sebagai mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.

“Keberanian Trumph disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab khususnya kejayaannya mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.

“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengharapkan Perdana Menteri Najib Razak menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih dan memanggil segera Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan rakyat Malaysia.

“Baitul Maqdis adalah titik kesatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil,” tegasnya.

Terdahulu, Mohd Nazree Mohd Aris, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia berkata bahawa himpunan aman yang bertema ‘Solidariti Ummah Baitul Maqdis’ akan diadakan pada 8 Disember 2017 (Jumaat) hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beliau meminta semua anggota berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji pada 12 tengah hari sebelum berarak ke Kedutaan AS.-7/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: