December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Malaysia menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam.

“Pendirian ini kita ambil bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.

“Jadinya, apabila kita dikejutkan dengan usaha Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Pada masa sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Bagaimanapun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: