December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sosialis Muda DAP (DAPSY) yang baru semalam bersidang di ibu negara,
diingatkan supaya memberikan tumpuan kepada isu-isu ekonomi, terutamanya
kezaliman cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjelang pilihan raya
umum tidak lama lagi.

Isu ekonomi adalah isu utama yang bakal menyatukan rakyat Malaysia
dalam rangka menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-14 akan
datang.

Berucap di persidangan terbabit, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
memberi ingatan bahawa gabungan Pakatan Harapan hadir dengan Dasar
Ekonomi Insani yang mengutamakan aktiviti mengembangkan kesejahteraan
insan, dengan berpaksikan kepada solidariti semua lapisan masyarakat.

“Kita akan menghadapi PRU yang paling kotor.

“DAPSY perlu memahami aspirasi golongan muda, di samping menjelaskan
kepada mereka isu-isu sebenar agar DAP dan HARAPAN menjadi wadah untuk
mereka menyuarakan pendapat, keluh kesah dan kegembiraan mereka,” ujar
beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, HARAPAN kali ini menawarkan penyelesaian kepada
permasalahan anak muda yang mencakupi masalah-masalah berkait perumahan,
kenaikan kos sara hidup, cukai GST, pengangguran dan kualiti hidup yang
merosot.

“Golongan muda kini bergelut dengan ekonomi yang mencabar. Keluar dari universiti sudah ditekan beban hutang PTPTN.

“Jika bernasib baik sedikit, dapat kerja, masuk ke alam pekerjaan dengan gaji yang rendah pula,” tambahnya, kesal.

“Jangan terlalu tumpukan kepada anak muda Lembah Klang sahaja. Ada
jutaan anak muda di kawasan luar bandar, kampung-kampung dan di
pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka memerlukan idea dan usaha DAPSY,”
tegasnya lagi.

Sayap pemuda DAP itu hanya muncul tujuh tahun setelah parti
ditubuhkan pada tahun 1966. Ini kerana Jawatankuasa Kerja Pusat DAP yang
pertama adalah terdiri daripada orang muda.

Ketua Parlimen DAP, ketika mendirikan parti pada ketika itu, baru berusia 25 tahun. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: