December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang pada Rabu mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditolak Perancis.

Presiden Emmanuel Macron menegaskan status Baitulmaqdis hanya boleh ditentukan antara Palestin dan Israel dalam rangka perundingan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya sudah menyatakan dengan jelas kepada Presiden Trump ketika pertemuan kami dua hari lalu.

“Status Baitulmaqdis melibatkan soal keselamatan antabarangsa dan komuniti antarabangsa,” kata Macron ketika mengadakan lawatan di Algeria pada Rabu.

Macron menegaskan lagi, keputusan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan semua resolusi PBB.

“Keputusan Trump akan ada kesan hanya terhadap pentadbiran negara Amerika Syarikat, tetapi saya tetap tidak bersetuju.

“Perancis akan terus komited terhadap keamanan dalam rantau ini, dan tidak akan mengubah pendirian kami untuk melihat dua negara ini, iaitu Palestin dan Israel, mencapai persetujuan,” kata Macron.

Sebelum ini, Turki turut memberi amaran akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv dipindahkan ke Baitulmaqdis.

Presiden Reccep Tayyip Erdogan menegaskan, Israel dan Amerika Syarikat bakal berdepan kemarahan umat Islam seantero dunia.

Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: