December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PERTUBUHAN People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) mengiktiraf seekor monyet istimewa sebagai Tokoh Tahunan pertubuhan itu untuk tahun 2017.

Monyet dari Indonesia yang bernama Naruto itu mula popular selepas mengambil swafoto dirinya sendiri yang sedang tersenyum lebar, pada tahun 2011.

Dalam kenyataannya seperti yang dipetik dalam laporan media antarabangsa, PETA menyifatkan monyet itu sebagai ‘individu’ dan bukannya haiwan.

Setiap tahun, PETA akan mengiktiraf seorang individu sebagai tokoh, namun tahun ini berlaku sedikit kejutan apabila seekor haiwan dinobatkan dengan gelaran itu.

Ramai menganggap pengiktirafan itu adalah bertitik tolak daripada kegigihan Naruto ‘memperjuangkan’ haknya dalam menuntut hak pemilikan gambar swafoto tersebut.

PETA, mewakili Naruto, sebelum ini menuntut hak gambar itu diberikan kepada monyet berkenaan kerana Naruto yang memetik shutter kamera milik jurufoto Britain, David Slater.

Foto itu dirakam ketika kembara Slater ke Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Biarpun perbicaraan di mahkamah berakhir dengan gambar itu diberikan hak milik kepada Slater, namun dia diarahkan menyumbangkan 25 peratus pendapatan daripada hasil penggunaan gambar berkenaan kepada tabung pemeliharaan habitat Macaques di Indonesia.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: