December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM – Polis telah pun membuka kertas siasatan berhubung kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Ia ekoran kenyataan biadab bekas pemimpin PKR itu yang didakwa sebagai sengaja memutar-belitkan kenyataan mengenai isu melibatkan Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan belum didaftarkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkannya dalam sidang media selepas hadiri Majlis Perarakan serta Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

“Saya boleh mengesahkan satu laporan polis sebenarnya telah pun dibuat di Kuala Lumpur semalam ekoran kenyataan Zaid tersebut dan siasatan telah dibuat oleh pihak Bukit Aman sendiri,” kata beliau.

Baru-baru ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur Mahathir berhubung kenyataan bekas perdana menteri tersebut yang jelas menghina etnik Bugis.

Zaid kemudian dipetik memuat naik kenyataan jelik menerusi akaun sosial Twitternya sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Dalam titah balasnya, Sultan Sharafuddin menerusi wawancara eksklusif dengan sebuah akhbar arus perdana sempena Hari Keputeraan rasmi baginda minggu depan; menyifatkan bekas menteri itu sebagai biadab.

Sultan Selangor bahkan juga bertitah supaya Zaid yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan segera balik sahaja ke negeri berkenaan jika tidak bersetuju dengan kenyataan baginda terhadap sikap buruk Mahathir dalam isu siasah.

“Dia (Zaid) duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tidak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” titah baginda dalam nada murka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: