December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KOTA BAHRU: Nelayan di Kelantan dinasihatkan supaya tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh memandangkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negeri itu agak membahayakan keselamatan mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Anuar Salam Sulaiman berkata walaupun nelayan terbabit telah diberikan kursus berkaitan langkah-langkah keselamatan ketika di laut namun mereka masih terdedah kepada bahaya di musim tengkujuh ini.

“Kalau boleh kita elakkan ke laut kerana kita tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini. Di negeri ini terdapat lebih 5,000 nelayan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Nelayan Tanjung Kuala Sabak di sini, Mohd Faizal Rashid, 38, berkata jumlah nelayan yang ke laut musim ini tidak ramai dan mereka diingatkan supaya membawa alat komunikasi bagi memudahkan mereka dapat dikesan jika berlaku kecemasan.

“Sekiranya ada nelayan yang sanggup turun ke laut pada musim tengkujuh ini, mereka perlu membawa rakan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Seorang nelayan, Mustapa Ahmad, 48, berkata meskipun mengetahui keadaan ombak di musim tengkujuh tidak menentu namun beliau tetap cekal hati untuk ke laut kerana punca pendapatannya hanya bergantung kepada menangkap ikan.

“Saya dan beberapa lagi rakan terpaksa memberanikan diri keluar menangkap ikan walaupun mengetahui keadaan laut bergelora musim ini namun kami akan lebih berhati-hati,” katanya.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: