December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



SELEPAS beberapa jam membuat pengisytiharan yang penuh kontroversi tentang Baitulmaqdis, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump cuba mengalih pandangan dunia.

Dari bersifat tidak berperikemanusiaan, Trump seakan bertukar menjadi insan paling suci di muka bumi apabila menzahirkan rasa ihsannya terhadap hampir 8 juta penduduk Yaman.

Menurut Trump, beliau telah berhubung dengan rakan pakatannya Arab Saudi agar membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Yaman.

“Saya telah mengarahkan pentadbiran saya untuk berhubung dengan kepimpinan Arab Saudi agar membenarkan sepenuhnya kemasukan bantuan seperti makanan, air dan ubat-ubatan ke Yaman.

“Ini perlu dilakukan Arab Saudi demi kemanusiaan,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Penganalisis antarabangsa melihat langkah Trump terbabit sebagai ‘gula-gula’ buat Arab Saudi selepas Riyadh mengecam tindakannya berhubung pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggesa Arab Saudi membuka laluan air dan udara yang dikuasainya di Yaman, bagi memberi laluan kepada saluran bantuan kemanusiaan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: