December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah memusnahkan kredibiliti negaranya sebagai pihak yang membawa keamanan di Timur Tengah.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata demikian menerusi televisyen sambil menegaskan keputusan Trump itu adalah untuk mencetuskan konflik di rantau itu kepada perang agama.

“Langkah-langkah ini, yang kami tolak dan enggan terima, mencipta kekangan yang sengaja diadakan terhadap semua usaha ke arah mewujudkan keamanan.

“Ia juga mencerminkan penarikan diri Amerika Syarikat dari peranan yang telah dipegangnya pada masa lalu dalam mengawasi proses perdamaian,” kata Abbas.

Donald Trump pada Rabu mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

BACA: Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal

Dengan pengiktirafan tuntutan Israel terhadap Baitulmaqdis, Trump dilihat sebagai berpihak kepada Israel berhubung isu sensitif dalam konflik itu.

Abbas memaklumkan, pimpinan Palestin akan bertemu dengan pimpinan negara Arab yang lain pada hari-hari akan datang dalam menentukan respon terhadap isu ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: