December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan mengumumkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hari ini, tidak mengendahkan amaran keras kesilapan lalu yang boleh mencetuskan keganasan di Asia Barat.

Pegawai kanan pentadbiran berkata, Trump akan membuat pengumuman bersejarah itu, yang dilakukan di tengah amaran sekutu Amerika Syarikat di seluruh rantau itu dan dunia, pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan di Rumah Putih.

“Beliau akan berkata kerajaan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Beliau menilai ini sebagai pengiktirafan realiti sejarah dan realiti moden,” kata pegawai yang enggan.

Menyemarakkan perbalahan berusia beberapa abad antara Yahudi, Islam dan Kristian, Trump juga akan mengarahkan memulakan perpindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Ia akan mengambil masa mencari lokasi, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baru, membiayai kemudahan baru dan membinanya.

“Ia mengambil masa beberapa tahun, ia akan mengambil masa,” katanya, membayangkan langkah itu tidak akan dilakukan segera.

Dalam siri panggilan telefon penting menjelang pengumuman itu, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman dan Turki memberi amaran kepada Trump mengenai tindakan itu.

Pegawai kerajaan AS diarah menjauhi Kota Lama di Baitulmaqdis dan Tebing Barat kerana menjangka bantahan besar-besaran. – AFP

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: