December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Presiden Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A.Chandrakumanan

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Strategik kepada Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong diingatkan supaya tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan berkonspirasi berkaitan isu penahanan anak saudara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat Malaysia (PAR) Datuk A. Chandrakumanan meminta Shao Loong supaya menerima hakikat dan akur dengan penahanan itu daripada terus mengeluarkan kenyataan berkonspirasi mengaitkan Barisan Nasional.

Katanya beliau tidak terkejut dengan kenyataan Shao Loong itu yang mendakwa kebocoran maklumat itu dalam media sosial sebagai konspirasi yang disengajakan.

“Adalah tidak dapat dinafikan bahawa orang ramai mendapat tahu penahanan anak saudara Azmin dalam isu pasir oleh SPRM menerusi media sosial BN.

“Bagaimanapun tindakan Shao Long menggunakan isu penahanan itu sebagai alasan untuk mengecam BN adalah bersifat badut dan cubaan mengalih perhatian awam dari isu tersebut.

“Isunya adalah anak saudara dari keluarga Azmin telah ditahan SPRM dan merampas wang tunai RM4 juta dari kediamannya.

“Soalannya mudah, adakah wang yang disita dari anak saudara Azmin adalah hasil aktiviti haram pasir dan apakah kerajaan negeri turut terlibat dalam hal ini?” soal beliau dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, Shao Loong perlu akur dengan penahanan itu dan tidak seharusnya menunjukkan sikap cuba menutup isu dengan menuduh pembongkaran isu itu oleh blog dan media sosial pro-UMNO sebelum itu sebagai konspirasi politik.

“PAR percaya SPRM akan menyiasat anak saudara Azmin, wang sitaan dan aktiviti pasir secara haram itu dengan penuh telus dan prosefional dan kerajaan pakatan di Selangor perlu hentikan drama politik dalam kes rasuah ini,” tegasnya lagi.

Shao Loong menuduh kebocoron maklumat kes tangkapan anak saudara Mohamed Azmin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disengajakan.

“Kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial sebelum penahanan tersebut dilakukan jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukkan reputasi Menteri Besar dan Kerajaan Selangor,” dakwa Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong dalam satu kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan anak saudara Menteri Besar Selangor dan tiga yang lain ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir haram.

Mereka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada jam 9.30 pagi oleh SPRM. Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan SPRM menahan reman keempat-empat mereka sehingga 6 Disember ini.

Mereka yang ditahan termasuklah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan sedang disiasat di bawah Akta SPRM kerana didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014 selain wang tunai RM4juta turut disita bersamanya.- MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: