December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Caj perpindahan wang atas talian secara segera (instant transfer) sebanyak 50 sen akan dimansuhkan bermula 1 Julai, 2018.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ini bagi mengalakkan lebih banyak pihak menggunakan kaedah pembayaran digital berbanding tunai.

Bagaimanapun, pemansuhan tersebut hanya berkuat kuasa terhadap perpindahan wang berjumlah RM5,000 ke bawah yang dilakukan oleh individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Selain itu, untuk matlamat yang sama, bank pusat juga akan meningkatkan caj pemprosesan cek dari 50 sen ke RM1 bermula 2 Januari, 2021.

Sementara itu, Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, sudah tiba masa Malaysia menjuarai peralihan dari tunai ke digital.

“Kita mesti menerima gelombang perubahan teknologi dalam industri e-pembayaran. Sebagai sebuah negara, kita perlu rebut peluang yang menarik ini dan menjadi proaktif berbanding reaktif.

“Kita juga perlu memanfaatkan peluang yang akan dibawa oleh teknologi untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan produktiviti sistem pembayaran kita,” katanya sewaktu memberi ucaptama Forum Dan Pameran Sistem Pembayaran 2017 di sini hari ini.

Muhammad berkata, dengan menerima pembayaran melalui kad debit atau kredit, perniagaan di Malaysia telah berjaya menjimatkan RM422.4 juta dari 2015 hingga September tahun ini.

Beliau menambah, ia juga penting untuk Malaysia menghentikan penggunaan cek secara berperingkat.

“Kajian kami menunjukkan, kos untuk seunit cek diproses oleh bank meningkat dari RM3 pada 2011 kepada RM4 pada 2016, dan dijangka meningkat kepada RM6 pada 2020.

“Dengan kadar 120 juta unit cek setahun pada masa ini, ini bermakna kos keseluruhan memproses cek adalah RM484 juta – satu pembaziran kepada ekonomi negara,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: