December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus



Dua pelajar terbunuh dalam kejadian tembakan di sekolah tinggi di Aztec, New Mexico, manakala suspek penembak turut disahkan maut.

Bagaimanapun identiti penembak tidak dapat disahkan sama ada dia merupakan pelajar sekolah berkenaan atau pelawat.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pekerja penyelengaraan sedang membersihkan bangunan sebelum  kejadian tembakan dilepaskan. 

Polis Daerah San Juan County mengesahkan kawasan sekolah selamat dan tiada lagi ancaman kepada komuniti selepas penembak turut disahkan maut.

Menerusi Facebook, Pejabat Polis San Juan County, ibu bapa perlu mengambil anak masing-masing di balai polis berhampiran.

Pejabat Polis San Juan County berkata, pihaknya sedang mendapatkan saksi kejadian dan mana-mana pelajar yang menyakisikan kejadian itu diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: