December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


MEMBAKUT: Tindakan pantas seorang lelaki warga emas menyedari kehadiran seekor ular tedung cincin menyusur masuk ke dapur rumah berjaya menyelamatkan nyawa enam ahli keluarganya yang lain daripada diancam serangan reptilia berbisa itu dalam kejadian di Kampung Sungai Damit, Membakut, petang semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 petang Khamis, pengadu, Ariffin Abdullah, 60, dikatakan sedang tidur di bilik tidurnya sebelum terdengar bunyi dengusan pelik dari bahagian dapurnya.

Sebaik sahaja membuat pemeriksaan, lelaki itu terkejut apabila melihat ada seekor ular tedung sepanjang kira-kira dua meter sedang berlingkar di bawah meja makan di dapur berkenaan dan tanpa berlengah, pengadu kemudiannya bergegas menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort Mohd Mayroof Koibil ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.30 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan seramai empat anggota dikerahkan ke rumah pengadu untuk operasi menangkap ular itu.

Anggota APM berusaha menangkap reptilia berbisa itu daripada rumah pengadu.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan seekor ular tedung cincin sepanjang hampir dua meter yang dipercayai memasuki rumah pengadu sebelum menyusur ke bahagian dapur.

“Setibanya APM Beaufort di lokasi pada jam 7.42 petang, kita dapati reptilia berbisa itu sedang berlingkar di bahagian dapur rumah pengadu dan hasil tindakan pantas anggota yang bertugas, ular berkenaan berjaya ditangkap dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu berjaya ditamatkan pada jam 8 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Tambahnya, ular tedung itu sudah dibawa ke pejabat APM Beaufort untuk tindakan lanjut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: