December 13, 2017
You can use WP menu builder to build menus



APOLLON LIMASSOL 0 EVERTON 3

Pembantu jurulatih Everton, Craig Shakespeare, percaya keyakinan pasukan Merseyside itu mula kembali menjelang pertembungan dengan seteru setempat, Liverpool.

The Toffees akan turun dalam aksi ‘derby’ di Anfield pada Ahad ini yang menyaksikan mereka meraih tiga kemenangan berturut-turut dan tidak dibolosi ketika membenam Apollon Limassol, 3-0,  di Cyprus, awal pagi tadi.

Ademola Lookman menjaringkan dua gol dalam masa setengah jam dan Kevin Mirallas menambah gol ketiga bagi memastikan anak buah Sam Allardyce itu mencatat kemenangan sulung di peringkat kumpulan Liga Europa.

Shakespeare, yang mengetuai skuad remaja Blues memangku tugas Allardyce yang kekal di England berikutan temujanji perubatan, yakin mereka akan bangkit.

“Itu adalah mentaliti kemenangan yang berjaya tetapi ia juga membuahkan keyakinan. Semoga kami dapat mengekalkannya,” kata Shakespeare kepada Everton TV.

“Saya fikir pemain ini menghasilkan permainan sebenar dan bermain hebat pada babak pertama.

“Kami menurunkan ramai pemain muda dan pada separuh masa kedua, rentak permainan kami bagus dan kami masih mempunyai kualiti di kawasan lawan untuk menyudahkan peluang.

“Keputusan penuh adalah perkara yang paling menyenangkan,” ujarnya.

Allardyce dijangka kembali ke Anfield pada hujung minggu ini dan Shakespeare berkata kemenangan ini mencerminkan dia akan melakukannya dalam suasana positif.

“Saya yakin dia menyaksikannya dan dia juga gembira,” kata bekas bos Leicester City itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: