December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng merupakan seorang Ketua Menteri yang angkuh dan tidak boleh menerima sebarang teguran, malah akan menghukum mana-mana pemimpin termasuk teguran ahli-ahli partinya sendiri jika memberikan pandangan yang tidak sehaluan dengan beliau.

Jelas Zaidi, mana-mana pemimpin kerajaan negeri yang didapati tidak sehaluan dengan beliau dalam isu-isu tertentu, pemimpin tersebut akan diasingkan dan disisihkan secara diam-diam termasuklah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Beliau merupakan seorang Ketua Menteri yang tidak boleh menerima teguran daripada ahli—ahli atau mana-mana pemimpin, termasuklah Adun yang datang dari partinya sendiri. Biarpun Adun sebenarnya tersebut menyuarakan isi hati rakyat, sebagai contoh isu pembinaan rumah di lereng bukit, namun Guan Eng tidak dapat menerimanya. Akibatnya, mereka akan disisih dan dipinggir oleh beliau.
“Antara Adun yang disisihkan oleh Guan Eng akibat tidak sehaluan dan menegur pentadbiran beliau ialah Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin, Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Adun Kebun Bungah, Cheah Kah Peng.

“Apa yang paling mengejutkan saya mereka ini disisihkan sehinggakan borang pengesahan status ketika banjir besar yang berlaku di Pulau Pinang tidak boleh ditandatangani dan tidak akan diluluskan sekiranya ia ditandatangani oleh Adun terbabit. Ini jelas membuktikan bahawa Guan Eng hari ini mentadbir negeri dengan cara kuku besi,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata demikian dalam sesi perbahasan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka PWTC di sini hari ini.

Selain itu, Zaidi turut mengkritik pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) Dap yang jelas menggambarkan kata-kata pemimpin Dap bahawa parti tersebut terbuka untuk semua kaum hanyalah sekadar retorik politik semata-mata.

“Kita boleh lihat dapat pemilihan CEC, hanya ada satu kaum sahaja yang mendominasikan jawatan tertinggi. Bayangkan individu yang diangkat sebagai hero kaum di dalam saf kepimpinan DAP, P. Ramasamy yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut tewas.

Justeru, beliau menyeru ahli-ahli dan kepimpinan UMNO Pulau Pinang, bersama-sama dengan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, bangkit bangun berjuang untuk merampas semula pentadbiran negeri Pulau Pinang daripada terus dikuasai Dap pada PRU yang akan datang.

“Kita telah melihat pelbagai kepincangan dan kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran kuku besi Guan Eng di Pulau Pinang. Isu tanah runtuh kerana perumahan di lereng bukit yang tidak dihentikan biarpun mendapat tentangan rakyat, isu banjir yang semakin lama semakin kronik dan isu-isu perbelanjaan wang rakyat berjuta-juta ringgit yang untuk sesuatu projek tidak munasabah seperti terowong bawah laut dan sebagainya.

“Begitu juga dengan isu penjualan tanah di Pulau Pinang kepada pihak pemaju yang berjumlah lebih 36.5 bilion merupakan satu perkara yang serius kerana jelas penjualan tersebut hanya mendatangkan keuntungan kepada satu pihak sahaja dan bukannya kepada rakyat di negeri ini.

“Justeru, saya merayu kepada semua pemimpin terutama pemimpin MCA dan Gerakan agar bangun dan berjuang bersama-sama UMNO dalam usaha kita untuk merampas semula negeri Pulau Pinang yang kini di dalam cengkaman DAP.

“Walaupun UMNO hanya bertanding di beberapa kerusi di Pulau Pinang, namun jentera UMNO negeri akan sedaya upaya dan bertungkus lumus untuk bersama membantu rakan-rakan komponen BN yang lain untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Dap,” akhirinya.

It’s only fair to share…



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: