December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kebakaran hutan kini merebak ke kawasan elit di Bel Air, selatan California yang turut didiami bilionair, Rupert Murdoch, menyebabkan enam buah rumah hangus dan mengancam beratus-ratus rumah lain.

Jika kebakaran hutan di Ventura kira-kira 80 kilometer dari bandar ini dikenali sebagai Thomas Fire, kebakaran di Bel Air pula dikenali sebagai Skirball Fire, kedua-duanya berpunca daripada cuaca panas dan angin kering Santa Ana.

Skirball Fire telah memusnahkan kawasan seluas 60.7 hektar di Bel Air bermula malam tadi dan hanya lima peratus sahaja berjaya dikawal.

Ketua Unit Bomba Los Angeles, Daryl Osby memberitahu, pihaknya meramalkan tiupan angin kencang menjelang petang ini.

Penghuni di kawasan ladang anggur milik Murdoch, Muraga Vineyard telah diarah untuk meninggalkan kawasan itu pagi semalam selepas api merebak ke kawasan tersebut.

Di Ventura, seramai 1,170 anggota bomba sedang bertungkus lumus memadam kebakaran manakala seorang anggota bomba mengalami kecederaan.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi 150 buah bangunan musnah dan lebih 12,000 lagi bangunan diancam kebakaran manakala lebih 36,421 hektar kawasan musnah dalam kebakaran yang bermula sejak Isnin lalu.

Sementara itu di San Fernando Valley di utara bandar ini berhampiran Sylmar, kebakaran dikenali sebagai Creek Fire telah memusnahkan kawasan seluas 5,099 hektar dan seramai 110,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Kira-kira 1,700 anggota bomba kini berusaha memadam kebakaran yang hanya lima peratus berjaya dikawal manakala sekurang-kurangnya 30 buah rumah hangus dalam kebakaran yang bermula sejak Selasa lalu.

Satu lagi kebakaran dikenali sebagai Rye Fire yang juga bermula pada Selasa lalu telah memusnahkan kawasan seluas 2,832 hektar kawasan di Santa Clarita, utara Los Angeles.-8/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: