December 12, 2017
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -07/12/17 –Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang kini dilihat sudah mencapai maqam pemimpin agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng apabila pengikut akan bertindak secara membuta tuli untuk mempertahankan pemimpin agung tersebut jika namanya ‘diserang’.

“Ternyata Maharaja Lim serupa macam Chin Peng… Huhuhu..,”kata Harun Hussaini dalam Facebook hari ini yang mempertikaikan ketangkasan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melabel Kit Siang sebagai ‘Maharaja Lim’.

“Punya cepat depa buat report polis… Yang Nga Kok Ming maki takda apa la… Yang hari-hari pemimpin DAP menghina PM takpa la… Baru cakap Macam tue dah suruh polis siasat ka..,”katanya lagi.

DAPSY dilaporkan portal pro-DAP, Malaysiakini hari ini bingkas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Patani di Georgetown, Pulau Pinang apabila pemimpin agung parti mereka, Kit Siang dilabel ‘Maharaja Lim’.

Sayap pemuda sosialis DAP itu menuntut polis menyiasat ucapan Shahrizat yang didakwa “menggalakkan ucapan kebencian dan mempromosikan ketaasuban”.

Shahrizat dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam berkata rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan sama ada memilih Datuk Seri Najib Razak yang memimpin kerajaan atau “maharaja Lim Kit Siang” yang memimpin pembangkang.

Awal Januari tahun ini, Kit Siang menafikan dia merupakan sepupu kepada Chin Peng sepertimana carta aliran dalam satu poster yang tular di media sosial.

Kit Siang menegaskan Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak adalah berketurunan Hockchia, sedangkan dirinya berketurunan Hokkien.

“Saya pula berketurunan Hokkien dan dilahirkan di Batu Pahat,” dakwanya dalam satu kenyataan ketika sidang media di Wisma DAP Jalan Ranggon.

Bagaimanapun pengakuan Kit Siang itu dibantah oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP).

Presidennya, Ramesh Rao berkata Kit Siang bukan dilahirkan di Batu Pahat tetapi ‘tiba ke Malaysia’ dari China pada tahun 1957.

Menurutnya, Kit Siang bukan berketurunan Hokkien tetapi berketurunan Minnan kerana Kit Siang dilahirkan di sebuah kampung di Zhangzhou, daerah Fujian, China pada tahun 1941.

Kit Siang naik berang ketika soalan asal usul diajukan oleh wartawan kepadanya.

Untuk tidak menjawab soalan, Kit Siang memarahi wartawan sebagai tidak profesional apabila bertanya soalan tersebut.

Menurut Arthur Sim, kelahiran Kit Siang di Zhangzhou, daerah Fujian, China itu mengesahkannya dari DNA anggota komunis.

“Lahir sebagai seorang komunis pada tahun 1941, di ZhangZhou di Fujian, China dan datang ke Malaysia pada umur 16 tahun dengan tongkang untuk bekerja di ladang babi.

“Tidak hairanlah biro pendidikan DAP meniru teknik indoktrinasi Tentera Merah China untuk mencipta Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) untuk menjalankan aktiviti subversif mereka pada 2008,”kata Arthur Sim.

Gregor Benton dalam bukunya bertajuk “Mountain Fires: The Red Army’s Three-Year War in South China, 1934-1938” mendedahkan komunis Minyue (Fujian) bekerjasama dengan komunis Zhangzhou menganjurkan demonstrasi menentang Jepun pada 1936.

Ia selaras dengan pendedahan oleh Shafik Abdullah, Pegawai Tugas-Tugas Khas PMSP yang berkata Kit Siang lahir dalam kelompok petani di Zhangzhou, di mana golongan petani merupakan tulang belakang komunis di China.

Shafik berkata, dia sendiri pergi ke China dan melihat nama Kit Siang telah didaftarkan dalam buku ‘Daftar Rumahtangga China’.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: