December 14, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kata pepatah Melayu, Sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Alipada ketika ini. Tapi bezanya, dia jatuh ke dalam longkang.

Segala macam gejala rasuah dan salah guna kuasa di Selangor telah didedahkan kepada umum. Tapi, Si Azmin Ali tu hanya berdiam diri dan cuba menuduh ianya sebagai satu konspirasi.

Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham dan perbagai kes didedahkan dia masih sempat melepaskan diri kerana berjaya memainkan peranan sebagai agen dengan mengikut skrip.

Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar ‘Aboy’ atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayai ditahan SPRM.

Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah yang menjadi ‘Brooker’ projek.

Semua projek lombong pasir, batu yang boleh menggunakan kelulusan dari MB Selangor digunakan sehabis – habisnya. Belum dikira kehidupan mewah yang pamerkan dalam laman media sosial. 

Pelbagai aduan telah dibuat kepada SPRM. Namun kes yang melibatkan anak saudara Azmin itu begitu menjolok mata dan mendapat tekanan dari perbagai pihak termasuk keluarganya sendiri.

Akhirnya pada 29 November 2017 ‘Aboy’ ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur bersama RM4juta . Dikatakan dalam sesi soal siasat banyak yang terdedah, termasuk peranannya selaku proksi.

Dia antara anak muda jutawan segera yang dilahirkan Azmin Ali. Tugasnya membontoti Azmin dan mampu tinggal di Kondomium G-Residence yang mewah. Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.

Tapi, Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyatakan ia konspirasi ke atas dia hanya kerana beberapa pihak mendedahkan awal mengenai tindakan SPRM terhadap anak saudaranya.

Dilaporkan SPRM sudah mendapat maklumat lanjut mengenai beberapa lagi anggota keluarga Azmin yang sangat kaya – raya ketika sesi soal siasat. Media arus perdana juga melaporkan ada beberapa keluarga rapat Azmin sudah diletakkan dalam radar SPRM!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: