December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup umpama ‘bom jangka’ buat UMNO sekiranya tidak ditangani dengan betul.

Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, perkara ini tidak boleh diselindung lagi memandangkan ia adalah realiti semasa.

“Hari ini rakyat merintih kos sara hidup. Kita tahu sebab kita pun rasa. Orang UMNO bukan dapat diskaun untuk beli barangan. Barangan yang dibeli adalah pada harga yang sama dengan orang lain.

“Kami buat program untuk bantu rakyat tapi pada masa sama kami menangis. Poket kami pun kosong,” katanya yang merupakan perwakilan UMNO Kuala Lumpur ketika sesi perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau turut memberi contoh pengorbanan yang dilakukan pihaknya ketika mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup.

“Wanita UMNO buat program Jom ke Pasar, mereka beri baucer untuk beli barangan. Pada masa mereka beri baucer, dapur di rumah kosong, tiada apa untuk dimasak.

“Begitu juga dengan Pemuda. Buat program isi minyak percuma. Bantu orang untuk isi minyak tetapi pada masa sama, duit tiada untuk isi minyak bagi kenderaan sendiri,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: