December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus



CRISTIANO Ronaldo menyamai pencapaian lima gelaran Ballon d’Or yang dimiliki Lionel Messi apabila memenangi anugerah individu paling berprestij itu buat tahun kedua berturut-turut.

Pemain berusia 32 tahun itu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak Perancis buat tahun keempat dalam tempoh lima tahun selepas mempamerkan prestasi cemerlang pada musim 2017 dengan memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Real Madrid.

Selain itu, Ronaldo juga adalah penjaring utama dalam lima liga terbaik Eropah dengan mengumpul 366 gol pada Mei lalu untuk mengatasi rekod Jimmy Greaves.

Dua golnya dalam perlawanan UCL ke atas Juventus menyaksikan bintang Portugal itu melepasi 600 gol dalam kariernya, sementara Messi hanya mencapai angka 500 gol untuk Barcelona, enam minggu sebelumnya.

“Saya sangat gembira untuk meraih hadiah ini di Paris dan ia adalah satu pengalaman hebat,” katanya. “Ia luar biasa, detik yang hebat dalam kerjaya saya. Ia  sesuatu yang saya mahukan setiap tahun.

“Kami menempuh tahun yang luar biasa, saya adalah penjaring gol UCL, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya.

“Dan juga terima kasih kepada semua orang yang membantu saya untuk muncul dalam keadaan yang hebat pada musim ini,” katanya.

Ballon d’Or dipilih oleh juri yang terdiri daripada 173 wartawan dari seluruh dunia dan disampaikan oleh France Football — setelah menamatkan kerjasama selama enam tahun dengan FIFA dari tahun 2009 hingga 2015.

Ronaldo dan Messi bersama-sama memegang rekod kemenangan Ballon d’Or paling banyak, masing-masing memenangi lima dan menguasai dua tempat teratas anugerah itu sejak 2008.

Selain daripada mereka berdua, pemain terakhir yang dinobatkan pemenang ialah Kaka pada 2007 dan sejak itu pasangan berkenaan telah berkembang maju dalam persaingan yang menonjolkan kehebatan satu generasi.

Bintang Portugis itu juga melahirkan hasrat untuk kekal bersama gergasi LaLiga itu dengan berkata kepada L’Equipe TV, “Saya harap dapat terus beraksi di peringkat tertinggi dalam beberapa tahun lagi.

“Perseteruan dengan Messi berterusan, kami sedang melakukan yang terbaik untuk pasukan.

“Sesuatu itu berlaku bersebab. Saya berasa bagus, kita lihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya gembira di Real dan mahu kekal dan menamatkan karier saya di sini jika boleh.”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: