February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



AHLI magik, The Sacred Riana mungkin kelihatan menakutkan dan menyeramkan namun persona yang pelik inilah telah menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua.

The Sacred Riana atau nama sebenarnya Mari Antoinette Riana Graharani telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300) malam tadi.

Keputusan berdasarkan undian penonton semata-mata.

Berambut hitam panjang paras pinggang yang disikat kedepan dan reaksi wajah eksentrik telah mencuri perhatian sejak dari peringkat ujibakat lagi.

Malah, semua persembahannya telah ditonton oleh lebih 70 juta pengunjung di Facebook dan Youtube.

Namun, apa yang mencuri tumpuan sebenarnya reaksi salah seorang juri tetap rancangan itu, Anggun yang menjadi subjek untuk pertunjukan magik menyeramkan pada peringkat akhir.

Riana melulu turun dari pentas dan mendapatkan Anggun sebelum menyapu serbuk hitam ke tangan penyanyi itu sambil membacakan ritual yang tidak difahami.

Dalam keadaan kaget dan terkejut selepas menyapukan serbuk hitam itu, timbul lukisan berbentuk bintang pada tangan Anggun.

Riana kemudiannya berlari semula ke pentas mendekati sebuah kotak dan menyeru kemunculan ‘syaitan’ dalam bacaan ritual lain.

Pentas itu dibanjiri oleh hampir 20 ‘makhluk’ mengerikan yang keluar daripada kotak kecil itu sebelum Riana menghilangkan diri.

Namun, Riana muncul sekelip mata di belakang Anggun yang menjerit ketakutan.

Tidak percaya? Saksikan sendiri persembahan menakutkan Riana pada peringkat akhir Asia’s Got Talent 2.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: YouTube



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: