February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Seorang perekrut di agensi pekerjaan di Malaysia memberikan komen ‘pedas’ terhadap tabiat buruk pencari kerja di Malaysia.

Perekrut yang menggunakan nama “Kleyow” di forum Reddit Malaysia berkongsi 15 perkara yang menjengkelkan berkenaan pencari kerja di Malaysia berdasarkan pengalamannya. 

Astro AWANI pilih lima yang paling utama:

1. Pencari kerja dari latar belakang yang berbeza yang memohon pekerjaan di industri yang sangat berbeza dengan syarat pengalaman yang ditetapkan.

Tambahnya, dia tidak kisah dengan pencari kerja yang memohon untuk jawatan yang lebih tinggi dalam industri yang sama, namun ia haruslah sepadan dengan syarat pengalaman yang dinyatakan.

2. Pencari kerja yang memaksa perekrut menaikkan gaji yang ditawarkan. Perekrut tiada kuasa untuk menaikkan gaji yang ditawarkan. Hanya majikan yang mampu menawarkan gaji yang tinggi.menyemak semula gaji yang ditawarkan.

3. Alamat e-mel yang tidak profesional seperti “pwincess/neko/da_donz/X’s dan Z’s” dibelakang nama mereka.

4. Pencari kerja yang hanya memberikan nama jawatan dalam ‘resume’ dan tiada penerangan tentang apa yang dilakukan sewaktu menjawat jawatan berkenaan.

5. Graduan yang lambat hadir ke tempat temu duga, pakai pakaian yang tidak kemas dan gagal membawa dokumen yang diinginkan.

Pandangan dan pengalaman tersebut diterbitkan di forum Reddit dengan tajuk asal “I am working as a recruiter in a work agency for almost 3 months. Malaysian jobseeker shenanigans are endless.”

Menariknya, perekrut lain turut berkongsi pendapat yang sama dalam perbincangan di forum tersebut.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: