February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



MINGGU lepas, Manchester City mencatat rekod baharu 14 kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Manchester United 2-1 di Old Trafford.

Rekod tersebut memadam pencapaian 13 kemenangan berturut-turut yang dicatat oleh Arsenal dan Chelsea.

Pada Rabu, anak buah pengurus City, Pep Guardiola meneruskan rentetan kemenangan dengan menewaskan Stoke City 4-0.

City juga masih belum tewas dengan 16 kemenangan dan 1 seri dalam liga mengatasi rekod yang dicatat Tottenham Hotspur pada musim 1960/61 (15 menang 1 seri).

Jika prestasi ini berterusan, Guardiola juga berada di landasan yang betul untuk mencatat lebih daripada 30 kemenangan semusim yang dipegang Chelsea pada musim lepas.

Selain itu, City juga diramal mampu memecah dua lagi rekod yang dipegang Chelsea iaitu 95 mata pada musim 2004/05 dan 103 gol pada 2009/10.

City kini sudahpun mengutip 49 mata, menjaringkan 52 gol selepas 17 perlawanan dengan baki 21 perlawanan lagi yang perlu diharungi musim ini.

Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak termasuklah memecah dan mencatat rekod baharu memandangkan City berada pada kelasnya yang tersendiri buat masa ini.

City juga bukanlah terlampau kebal sehingga tidak mampu ditewaskan kerana pada 6 Disember, City kalah 2-1 kepada kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Mampukah the Citizen mencatat rekod baharu 16 kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Tottenham di Stadium Emirates 1:30 pagi Ahad ini?

Dan mampukah City menamatkan musim ini tanpa sebarang kekalahan, rekod yang masih dipegang Arsenal setakat ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: