February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Haniff Khatri Abdulla berkata, ianya kerana peguam
negara Malaysia sudah 2 kali menolak permintaan peguam negara
Switzerland untuk Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

mohamed-haniff-khatri_apandi-ali_jeff-sessionc_1mdb_600

PETALING
JAYA: Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions mungkin tidak akan
meminta bantuan peguam negara Malaysia untuk melengkapkan siasatan
jenayah ke atas 1MDB, kata seorang peguam.

Haniff Khatri Abdulla berkata, ianya kerana Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali sudah 2 kali menolak permintaan peguam negara
Switzerland untuk Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

“Kemungkinan besar Sessions tidak akan menghubungi Apandi untuk
meminta kerjasama, susulan apa yang dialami peguam negara Switzerland.”

Katanya, penyiasat AS mungkin menyoal siasat ahli perniagaan, Low
Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low, dan juga Riza Aziz, anak
tiri Datuk Seri Najib Razak, memandangkan mereka antara yang dinamakan
dalam dokumen Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Haniff yang juga peguam kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad mengulas kenyataan Sessions pada 5 Disember lalu yang
menyifatkan isu 1MDB “kleptokrasi paling teruk” dan DoJ berusaha
menegakkan keadilan untuk mangsa.

Peguam, S N Nair bagaimanapun berkata, Sessions akan cuba mendapatkan
bantuan Apandi memandangkan aktiviti itu didakwa bermula dari Malaysia.

“Jadi, satu-satunya cara untuk menjalankan dan menyiapkan siasatan
adalah meminta MLA dari Malaysia,” katanya sambil menambah MLA
bagaimanapun adalah bantuan sukarela.

Beliau berkata, Malaysia adalah negara berdaulat dan AS harus
mempunyai asas kukuh untuk mendapatkan MLA atau Apandi tidak terikat
untuk memberikan sebarang bantuan.

“Jadi, semuanya bergantung kepada peguam negara Malaysia.”

FMT cuba menghubungi Apandi menerusi WhatsApp untuk bertanya sama ada
beliau akan memberikan MLA kepada AS, tetapi tidak mendapat sebarang
jawapan.

Bercakap pada Forum Global mengenai Pemulihan Aset anjuran AS dan
United Kingdom di Washington baru-baru ini, Sessions mendedahkan hampir
separuh daripada AS$3.5 bilion (RM14.18 bilion) yang dirampas negara itu
berkaitan tindakan penguatkuasaan ke atas 1MDB.

“1MDB diwujudkan kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan ekonomi jangka panjang untuk manfaat rakyat Malaysia.

“Tetapi, pegawai dan sekutu mereka yang didakwa korup dilapor
menggunakan dana itu untuk perbelanjaan mewah: AS$200 juta (RM810.5
juta) untuk hartanah di selatan California dan New York.

“AS$130 juta untuk karya seni. AS$100 juta (RM402.5 juta) dalam label
muzik Amerika. Tidak ketinggalan kapal layar bernilai AS$265 juta
(RM1.07 bilion),” katanya.

Sessions dilaporkan berkata, pegawai 1MDB didakwa menyeleweng dana
lebih AS$4.5 bilion (RM18.24 bilion) “menerusi transaksi rahsia dalam
rangkaian rumit dan syarikat kosong dengan akaun bank di negara seperti
Switzerland, Singapura, Luxembourg dan AS.

DoJ menangguhkan tuntutan pelucuthakan aset itu bagi menjalankan
siasatan mendakwa suspek disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram
menggunakan sistem kewangan AS.

Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga tahun
lepas, menafikan sebarang salah laku dan namanya dibersihkan Apandi,
Januari lalu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: