February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Ketua polis negara berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung artikel tersebut.

fuzi558

PETALING JAYA: Polis sedang memantau blog dinamakan “steadyaku47”
susulan penyiaran satu artikel mengkritik Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah.

“Ia menyebabkan perasaan tidak senang dalam kalangan orang ramai,”
kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun kepada FMT ketika
ditanya mengenai kandungan blog itu.

Fuzi berkata, polis akan menyiasat latar belakang penulis artikel yang diterbitkan pada 13 Disember lalu.

“Kami juga akan menyiasat sama ada orang yang menulis artikel tersebut berada di Malaysia atau luar negara.”

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung artikel tersebut.

Sultan Sharafuddin baru-baru ini menegur Tun Dr Mahathir Mohamad
dengan berkata, agenda politik bekas perdana menteri itu didorong
“kebencian mendalam” dan “kemarahannya akan membakar seluruh negara”.

Ia susulan kenyataan Dr Mahathir mengenai keturunan Bugis Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan anti-kleptokrasi di
Padang Timur, Petaling Jaya, 14 Oktober lalu.

Sultan Sharafuddin yang berketurunan Bugis berkata, kenyataan Dr
Mahathir dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan
memandang serong terhadap etnik Bugis.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: