February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PELAKON Lana Nodin akui terharu dan rasa bahagia apabila mengetahui suaminya, David McKienzie mahu mendalami Islam termasuk belajar Al-Quran dan solat.

Menerusi akaun Instagram (IG), Lana memberitahu dia mengetahui hal itu selepas memeriksa telefon suaminya yang menunjukkan perbualan David dengan seseorang yang boleh mengajarnya mendalami ilmu agama.

Lana bersyukur kerana akhirnya Allah telah membuka pintu hati suaminya dan mendoakan semoga iman David terus kuat bersama Islam.

Dalam entri yang sama Lana turut memuat naik perbualan menerusi aplikasi Whatsapp itu di IGnya.

Rata-rata peminatnya tumpang gembira dengan pasangan tersebut dan mendoakan agar mereka terus bahagia bersama.
 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: