February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


TASEK GELUGOR: Berpura-pura memancing udang galah, sebelum menyumpit kerbau milik penduduk kampung yang ditambat di tepi Sungai Kulim dekat Labuh Banting, Tasek Gelugor, pada Jumaat.

Malah, kerbau yang berjaya disumpit itu kemudian dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey.

Itu merupakan taktik empat lelaki yang cuba mencuri kerbau milik penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 11 pagi itu.

Namun, perbuatan kesemua suspek itu diketahui seorang remaja sebelum kepada orang kampung.

Itu merupakan taktik empat lelaki yang cuba mencuri kerbau milik penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 11 pagi itu.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Labuh Banting, Saidin Yaacob ketika dihubungi Astro AWANI berkata, suspek tidak sempat melarikan kerbau kerana perbuatan mereka disedari penduduk kampung.

“Menyedari mereka disergah penduduk kampung, kesemua suspek panik lalu melarikan diri menggunakan dua buah motosikal milik penduduk kampung.

“Menurut saksi, suspek juga membawa senjata parang dan kerbau dewasa yang dicuri itu mempunyai nilai antara RM7,000 hingga RM8,000 seekor,” katanya.

Kerbau yang dicuri dan disumbat dalam MPV.

Saidin berkata, pemilik kerbau yang berusia 50-an sebelum ini kehilangan tiga ekor lembu ketika bulan Ramadan lalu.

Katanya, pemilik kerbau juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kubang Semang petang ini.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: