February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AKHBAR RAKYAT

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan
pentadbiran Najib Razak mencatatkan kehilangan mencecah AS$39.6 bilion
bersamaan RM160 bilion hanya bagi tempoh 2013 hingga 2015.

Menurutnya, jumlah tersebut terkandung dalam laporan tahunan Bank
Negara Malaysia (BNM) sekaligus merupakan kerugian yang jauh lebih
banyak berbanding ketika pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

“Antara 2013 sehingga 2015, Bank Negara Malaysia kehilangan dan rugi sebanyak AS$39.6 bilion bersamaan RM160 bilion.

“Masa hilang itu masa (pentadbiran) Najiblah. Bila (Najib) menang
PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13), jatuh nilai mata wang mendadak.

“Kita semua tahu. Hampir sekali ganda jatuh daripada RM3 turun
sehingga RM4.50 bagi AS$1,” jelasnya dalam slot forum sempena mengumpul
dana PRU-14 di Bangi Golf Resort semalam.

Pengerusi Bersatu itu berkata, langkah pentadbiran Najib mengukuhkan
nilai mata wang negara gagal bahkan kerajaan di Parlimen tidak
menjelaskan jumlah kerugian sebenar ditanggung walaupun didesak Pakatan
Harapan.

Tun Mahathir dan Husam menjadi penal Hard Talk di Bangi.

“Untuk menguatkan wang ringgit ini, mereka masuk dalam pasaran dan
cuba membeli sebanyak mungkin untuk memperkuatkan nilai ringgit tetapi
seperti kita tahu mereka gagal.

“Sekarang ini pun nilai mata wang ringgit jatuh kepada RM4.20 bagi
AS$1 sedangkan dulu RM3. Kita kehilangan hampir separuh nilai mata wang.

“Apabila Bank Negara membeli dan jatuh nilai mata wang itu maka
kerugian yang dialami amat besar. Jumlah kerugian Ini diterbitkan dalam
laporan Bank Negara dan ada soalan ditanya oleh Tony Pua di Parlimen
tetapi tidak dijawab,” ujarnya.

Beliau bahkan menafikan alasan pihak kerajaan kononnya peningkatan
pengeluaran faedah bank oleh pihak asing dalam Dolar Amerika punca
kehilangan sejumlah besar wang negara.

“Sebenarnya mereka membeli berkali-kali, gagal dan mengalami kerugian
sebanyak RM160 bilion iaitu tiga kali setengah ganda apa yang hilang 30
tahun dahulu,” jelas Tun Mahathir lagi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: